fbpx

Pekebun menangis, peluk isteri selepas dijel 8 tahun rompak warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAZRY ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi hari ini atas tuduhan merompak warga emas di Felda Air Tawar 4, awal bulan ini.

KOTA TINGGI – Seorang pekebun sempat memeluk dan mencium isterinya sebelum kedua-duanya menangis selepas lelaki itu dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merompak seutas gelang milik warga emas, awal bulan ini.

Tertuduh, Nazry Mohamad Mokhtar, 37, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Hayda Faridzal Abu Hasan.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada empat orang anak itu didakwa merompak seutas gelang tangan emas di sebuah rumah dekat Felda Air Tawar 4 pada 2 Julai lalu kira-kira 12.40 tengah hari.

Tertuduh juga dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas mangsa berusia 60 tahun dan didakwa di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan [Akta 574].

Sabit kesalahan tertuduh boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, denda atau sebatan.

Tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Hilmi Sulaiman Salahuddin manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Irsyad Mardi

Hilmi Sulaiman meminta mahkamah meringankan hukuman ekoran tertuduh hanya bekerja kebun dan bergaji RM1,500 selain mempunyai anak yang masih kecil berusia tiga hingga sembilan tahun juga menjaga ibu bapanya.

Bagaimanapun Muhammad Irsyad meminta agar mahkamah mengenakan hukuman berat susulan kesalahan serius yang dilakukan tertuduh yang melibatkan kecederaan terhadap mangsa merupakan warga emas.

Katanya, tertuduh juga membawa sebilah parang ketika kejadian menyebabkan trauma kepada mangsa juga masyarakat sekeliling sehingga menimbulkan keresahan dan mengganggu ketenteraman awam penduduk setempat.

Hayda Faridzal kemudian menjatuhkan hukuman lapan tahun penjara dan satu sebatan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI