fbpx

Nurul Sofia aktif kongsi cara hias bilik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURUL SOFIA cukup teruja dapat berkongsi idea menghias bilik kolejnya dalam TikTok.

LAZIMNYA, rutin seorang mahasiswa banyak berkisar mengenai kehidupan di kampus, kolej kediaman atau rumah sewa.

Jika ditelusuri media sosial khususnya TikTok, mahasiswa cenderung menggunakan medium tersebut untuk berkongsi kehidupan seharian mereka sebagai seorang pelajar mengikut kreativiti masing-masing.

Sebaliknya, Nurul Sofia Azman yang menggunakan TikTok untuk berkongsi idea mengenai dekorasi bilik di kolej kediaman tempatnya menginap setelah mendaftarkan diri di sebuah universiti awam pada Mac lalu.

Menerusi video perkongsiannya yang tular dan menjadi ikutan, Nurul Sofia berkongsi caranya mengemas almari serta barangan peribadi.

Pada masa sama, gadis berusia 21 tahun itu turut berkongsi cara menghias meja belajarnya sehingga kelihatan kemas dan sedap mata memandang.

NURUL SOFIA merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa di UiTM Shah Alam.

Memulakan bicara bersama iGen, Sofia berkata, dia begitu teruja untuk menghias bilik memandangkan itu pengalaman pertamanya menetap di kolej.

“Sebelum ini ketika mengikuti pengajian peringkat diploma, kita berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Jadi sesi pembelajaran hanyalah secara atas talian dari rumah dan tidak dapat balik ke kolej kediaman.

“Kali ini apabila dapat menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dan ditawarkan kolej kediaman, saya rasa sangat teruja,” katanya yang merupakan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.

Tambah anak jati Dungun, Terengganu itu lagi, dia hanya menggunakan konsep ‘mix and match’ dan banyak mengaplikasikan rona warna putih untuk dekorasi biliknya supaya kelihatan lebih estetik.

NURUL SOFIA aktif berkongsi kehidupan hariannya di kampus.

Tambahnya, dia hanya memperuntukkan sekitar RM100 untuk membeli pelbagai barangan bagi dekorasi tersebut.

“Kebanyakan barang hiasan ini saya beli secara atas talian ataupun di kedai DIY sahaja.

“Konsep dekorasi ini murah saja tapi sangat berbaloi,” ujarnya lagi.

Menurut penuntut Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa itu, dia tidak pernah menyangka video perkongsiannya mendekorasi bilik kolej meraih banyak tontonan dan masih ditonton hingga hari ini.

Sofia yang juga aktif berniaga secara sambilan di kolej berkata, dia sangat terharu bercampur gembira kerana videonya tular.

Ujarnya, ia sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada mahasiswa lain untuk mengikut jejak langkahnya menghias bilik masing-masing.

“Saya suka tengok dan habiskan masa di dalam bilik yang kelihatan kemas.

“Ia membuatkan saya rasa lebih bersemangat untuk belajar.

“Saya juga banyak tengok video dekorasi atau ‘make over’ bilik dekat TikTok. Ini secara tidak langsung memberi motivasi kepada saya.

“Saya bersyukur dan terharu jika ada yang terinspirasi tengok video saya.

“Ramai yang hantar mesej (DM) tanya beli barang di mana, siap ada yang minta untuk buat room tour (kunjungan ke bilik),” katanya.

Maklumnya, dia akan terus berkongsi ‘konten’ menarik mengenai kehidupannya sebagai mahasiswa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI