fbpx

Nahas bas persiaran: Abang dengar bunyi dentuman kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana Jabatan Perubatan Forensik di HTJ, pagi tadi. - Foto oleh NOR AINNA HAMZAH / KOSMO!

SEREMBAN – Seorang waris keluarga yang terselamat dalam insiden bas di Kilometer 285.3 Lebuhraya Utara Selatan (Arah Utara), di sini, pagi tadi, menceritakan abangnya, Muhammad Amin Abu Bakar, 51, ketika kejadian sedang tidur dan terkejut terdengar bunyi dentuman kuat.

Dalam kejadian berkenaan, pemandu bas, Muhammad Hassan Hashim, 33, dan seorang penumpang hadapan bas iaitu wanita warga Indonesia berusia 42 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut adik mangsa, Muhammad Rahmatullah Abu Bakar, 45, berkata, ketika kejadian abangnya yang merupakan warga India itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Cheras dari Singapura.

Menurutnya, abangnya itu sudah kira-kira 10 tahun bekerja di Singapura sebagai tukang masak dan kejadian seumpama itu baru pertama kali berlaku sepanjang berulang-alik menaiki pengangkutan awam dari Tuas, Singapura.

“Abang saya kemungkinan akan ditahan di wad berikutan kesan luka di tangannya yang agak dalam, namun dalam keadaan stabil. Saya pun semasa lalu di kawasan kejadian sekitar pukul 7.30 pagi sempat melihat keadaan bas yang remuk teruk di bahagian hadapan kanan dan saya bimbang melihat keadaan itu.

“Abang saya maklum, dia antara yang duduk di bahagian hadapan bas dan hanya tersedar sebaik terdengar bunyi dentuman kuat. Semua barang yang berada di poket hadapan baju abang termasuk pasport sudah tercampak keluar dan hingga kini tidak dijumpai lagi,” katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Kecemasan Dan Trauma, Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban, di sini, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintendan Mat Ghani Lateh berkata, kemalangan membabitkan dua buah kenderaan iaitu bas persiaran dan sebuah kereta.

Menurutnya, hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati sebuah bas persiaran milik Syarikat LA Holidays Travel & Tours Sdn Bhd yang membawa 20 orang penumpang termasuk pemandu sedang dalam perjalanan dari Singapura menuju ke Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI