fbpx

Misbun akui kecewa Malaysia tersingkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja ABM, Datuk Misbun Sidek kecewa selepas skuad remaja negara tewas 0-3 kepada Thailand pada aksi suku akhir acara berpasukan campuran di Kejohanan Badminton Remaja Asia.

KUALA LUMPUR – Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM), Datuk Misbun Sidek meluahkan kekecewaan selepas anak-anak buahnya tersingkir di pusingan suku akhir dalam acara berpasukan campuran pada Kejohanan Badminton Remaja Asia.

Pada perlawanan yang berlangsung di Yogyakarta, Indonesia hari ini, skuad remaja kebangsaan terpaksa akur dengan kekalahan 0-3 kepada Thailand meskipun sudah cuba memberikan tentangan.

Misbun tanpa berselindung mengakui pemain-pemain negara gagal menampilkan aksi seperti dimahukan selain menganggap kekalahan itu sangat mengejutkan kerana beliau menganggap kedua-dua pasukan memiliki kekuatan hampir sama.

“Thailand bermain sangat baik hari ini, kami kalah kepada pasukan yang lebih bagus. Secara keseluruhan, memang kita anggap perlawanan hari ini akan menjadi seimbang.

“Bagaimanapun, pemain-pemain kita tidak dapat keluarkan permainan sebenar dan kekalahan ini sangat mengecewakan. Kami fikir sekurang-kurangnya dapat berikan cabaran lebih sengit kepada Thailand,” katanya.

Pada perlawanan tersebut, Thailand memulakan misi kemenangan menerusi beregu campuran, Tanakorn Meechai-Fungfa Korpthammakit yang menewaskan Low Han Chen-Chong Jie Yu 22-20, 21-16.

Hasrat Malaysia untuk menyamakan kedudukan menerusi perseorangan lelaki, Eogene Ewe tidak kesampaian apabila dia terpaksa bermandi peluh sebelum tewas 21-17, 17-21, 17-21 kepada Wongsup Wongsup-In.

Thailand yang merupakan juara edisi 2019 kemudian memastikan tempat ke pusingan separuh akhir apabila perseorangan wanita, Saranporn Sombutwatthananukool menang 21-15, 21-9 ke atas Ung Yi Xing.

“Saya tidak jangka kami akan tewas 0-3 kepada Thailand. Kami jangka Eogene untuk dapatkan sekurang-kurangnya satu mata kepada pasukan tetapi lawannya bermain lebih baik hari ini,” ujarnya.

HABIS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI