fbpx

Luahan: Hanya bayaran tol secara terbuka mampu elak sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMBAYARAN tol secara terbuka akan bermula pada September ini di 12 buah lebuh raya. – GAMBAR HIASAN

SAUDARA PENGARANG,

Sistem kutipan tol secara pembayaran terbuka dijangka dilaksanakan sepenuhnya di semua lebuh raya di seluruh negara pada akhir tahun 2024.

Menerusi sistem itu, pengguna boleh menggunakan kad kredit, kad debit atau kad Touch ‘n Go untuk membuat bayaran tol.

Lebih setahun lagi kita perlu menunggu pelaksanaannya, terasa sungguh lama. Sepanjang tempoh ini, pengguna terpaksa menempuh kesesakan di plaza-plaza tol terutama pada musim perayaan.

Baru-baru ini, saya kecewa apabila terpaksa menempuh kesesakan di sebuah plaza tol ketika mahu pulang ke kampung, sehari sebelum menyambut Hari Raya Aidiladha.

Kita sedia maklum kesesakan terjadi apabila berlaku penambahan kenderaan yang luar biasa, tetapi yang mengecewakan apabila lorong tambahan untuk pembayaran tol tidak dibuka.

Malah lebih menyakitkan hati apabila hanya satu lorong Smart Tag yang boleh dilalui, namun malangnya Smart Tag pula tidak boleh digunakan.

Terpaksalah pemandu menyentuh kad Touch ‘n Go di lorong Smart Tag.

Lagi mengecewakan apabila masalah itu tidak diselesaikan segera. Saya harap sistem kutipan tol secara pembayaran terbuka segera dilaksanakan. Jangan tunggu sampai akhir tahun depan.

PENGGUNA SENGSARA
Shah Alam, Selangor

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI