fbpx

Lelaki tinggalkan isteri, 4 anak mahu kahwin janda anak satu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang wanita kesal apabila suaminya memilih untuk bercerai semata-mata ingin berkahwin dengan janda anak satu.

Menurut hantaran di laman Facebook Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali, wanita tersebut yang juga merupakan kliennya diceraikan selepas dia bertanya mengenai seorang wanita yang turut serta dalam percutian suaminya.

“Tidak ada sebarang pergaduhan. Malah, si isteri hanya kirimkan mesej melalui aplikasi WhatsApp ketika mengajukan soalan. Tiba-tiba, apabila suami naik ke rumah, wanita tersebut terus diceraikan dengan talak satu.

“Wanita tersebut merayu agar dirujuk semula. Namun, kata suami, dia benci dikongkong,” katanya.

Tambah Suzana, wanita tersebut tidak pernah mengongkong suaminya, malah dia menggaji lelaki itu RM10,000 sebulan hanya untuk memantau keadaan di butik miliknya sekali seminggu.

“Suami wanita tersebut memilih untuk berkahwin dengan janda anak seorang. Malah, janda tersebut juga telah berjumpa dengan klien saya.

“Saya juga tidak sangka suami klien sanggup menjandakan isteri sendiri dengan empat anak yang sepenuhnya dijaga oleh isteri demi seorang janda dengan anak satu berusia empat tahun,” katanya.

Suzana sempat menasihati kliennya agar reda dengan ketentuan Ilahi dan terus kuat untuk menghadapi cabaran tersebut demi anak-anak.

“Ini semua ada hikmahnya. Dia (suami) bukan lagi yang terbaik untuk awak. Mungkin Tuhan nak awak tahu, sebenarnya selama ini suami hanya ingin mempergunakan awak sahaja.

“Awak terlalu manjakan dia sehingga memberi kemewahan. Suami juga tidak perlu bekerja. Tuhan sayang awak dan anak-anak. Ini merupakan satu pengajaran agar awak dan anak tidak ikut jejak langkah suami,” kata Suzana dalam hantarannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI