fbpx

Lelaki cirit-birit selama 30 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

LONDON –  Seorang lelaki yang mengalami masalah cirit-birit berpanjangan selama 30 tahun akhirnya berjaya mengatasi keadaan tersebut selepas menjalani pembedahan sumsum tulang, lapor akhbar Daily Star semalam.

Berdasarkan  kes berkenaan yang diterbitkan dalam jurnal New England Journal of Medicine, pesakit yang namanya tidak didedahkan itu menderita masalah tersebut sejak dia berusia dua bulan,  disebabkan masalah genetik.

Dia telah dimasukkan ke hospital sekurang-kurangnya lapan kali disebabkan masalah itu, namun doktor-doktor gagal mendiagnosis penyakit yang dialaminya selama beberapa dekad.

Namun, doktor akhirnya mendapati pesakit itu mengalami mutasi yang jarang berlaku. Ia  menyebabkan sistem imunisasinya tidak berfungsi dan menyerang usus, seterusnya menyebabkan cirit-birit yang berpanjangan.

Beberapa ujian perubatan  menunjukkan lelaki itu mempunyai mutasi pada gen FOXP3, yang bertanggungjawab untuk mengawal sel darah putih digelar sel-T.

Ia menjadi punca kepada sindrom tersebut, iaitu apabila sistem imun yang terlalu aktif mula menyerang tisu dan organ badan sendiri kerana menganggapnya sebagai ‘penceroboh’.

Namun, selepas menjalani pembedahan sumsum tulang sebanyak dua kali, masalah cirit-birit yang dialami pesakit berkenaan akhirnya hilang. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI