fbpx

KPM siasat dakwaan murid enam tahun digigit guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hui Ying (dua dari kiri) dan Guan Eng (tengah) melawat bilik guru SMK Bagan Jaya di Butterworth, hari ini. - Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius isu tular membabitkan seorang murid enam tahun yang trauma ke sekolah selepas didakwa sering digigit gurunya.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, pihaknya telah mengenal pasti hantaran yang dimuat naik ibu murid terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan kami memandang serius akan isu itu. Siasatan lanjut sedang berlangsung dan jika benar ada berlaku kes sebegitu, tindakan sewajarnya akan diambil.

“Kementerian tidak pernah membenarkan perkara seumpama ini berlaku dan langkah pencegahan akan diambil bagi memberi kesedaran kepada murid serta pelajar bahawa ia tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dakwaaan murid berusia enam tahun yang digigit gurunya di sekolah.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Jaya, Butterworth, di sini hari ini.

Hari ini, Kosmo! online melaporkan seorang wanita yang juga ibu kepada murid terbabit mendedahkan isu berkenaan menerusi hantaran di Facebook.

Dalam perkembangan berlainan, Hui Ying memberitahu, kes membabitkan seorang pelajar pelajar yang didakwa tertekan akibat dibuli dan mencekik adiknya sehingga mati di Melaka, baru-baru ini masih dalam siasatan.

“Kes ini dalam siasatan pihak polis dan kita juga (KPM) turut menjalankan siasatan sewajarnya terhadap dakwaan buli itu,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI