fbpx

Kontrak baharu De Gea hanya lakonan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE GEA mengumumkan bahawa dia bakal meninggalkan United selepas 12 tahun menabur bakti selepas kontraknya berakhir. – AFP

MANCHESTER – Peminat-pemi­nat Manchester United menerima berita mengejutkan apabila penjaga gol, David De Gea sah meninggalkan pasukan tersebut selepas menabur bakti selama 12 tahun.

Laporan sebelum ini mendakwa pemain antarabangsa Sepanyol itu gagal mencapai kata sepakat bersama kelab berhubung tawaran kontrak baharu bagi melanjutkan kariernya bersama United.

Bagaimanapun, sumber dalaman United mengatakan The Red Devils tidak pernah menawarkan kontrak baharu kepada penjaga gol berpengalaman itu sebelum perjanjian semasanya tamat pada minggu lalu.

Difahamkan, ia berpunca daripada keyakinan United bagi mendapatkan penjaga gol Inter Milan, Andre Onana selepas kedua-dua pasukan sudah mencapai kata sepakat berhubung yuran perpindahan.

“Saya hanya mahu mengucapkan selamat tinggal kepada seluruh penyokong Manchester Uni­ted. Saya sangat berterima kasih atas penghargaan yang ditunjukkan selama 12 tahun saya di sini.

“Sejak dibawa masuk oleh Sir Alex Ferguson, pelbagai kejayaan sudah saya kecapi bersama pasukan. Sudah pasti ia tidak akan dilupakan dan saya fikir inilah masa untuk saya mencuba cabaran baharu,” kata De Gea.

Selain De Gea, United juga dijangka akan melepaskan seorang lagi penjaga gol, Dean Henderson selepas Nottingham Forest berminat mendapatkan khidmatnya secara kekal menjelang saingan musim baharu nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI