fbpx

[KEMASKINI] 2 maut, 7 parah, 13 cedera ringan nahas bas persiaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan yang terlibat dalam nahas di Kilometer 285.5 Lebuhraya Utara Selatan (Arah Utara), di sini, pagi tadi. - Gambar ihsan bomba

SEREMBAN – Dua maut, manakala tujuh lagi individu parah dalam nahas dua buah kenderaan termasuk bas persiaran di Kilometer 285.5 Lebuh Raya Utara Selatan (Arah Utara), di sini, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Sembilan memaklumkan terdapat 22 mangsa keseluruhan terdiri daripada dua yang maut iaitu pemandu bas lelaki tempatan dan seorang penumpang wanita Indonesia.

Menurutnya, tujuh individu pula mengalami kecederaan parah telah berjaya dikeluarkan pasukan bomba dan diserahkan kepada pihak pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

KEADAAN kemalangan membabitkan sebuah bas dan sebuah kereta di Kilometer 285.5 Lebuh Raya Utara Selatan (Arah Utara), dekat Nilai, Seremban pagi tadi. – Gambar ihsan bomba

“Sementara itu terdapat 13 mangsa yang cedera ringan dan dibawa ke unit Kecemasan Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban. Mangsa di dalam kereta jenis Proton Wira pula iaitu seorang lelaki dan seorang wanita tempatan cedera.

“Mangsa yang lain masih menerima rawatan dan operasi ditamatkan pada pukul 9.23 pagi tadi,” katanya kepada pemberita hari ini.

Keadaan bas persiaran selepas nahas tersebut. – Gambar ihsan bomba

Terdahulu, pasukan bomba menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya melalui MERS999 pada pukul 5.05 pagi.

Menurut PGO, sebuah jentera FRT dan sebuah Hilux dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai dengan kekuatan keseluruhan seramai lapan orang anggota diketuai Komander Operasi Ketua Balai PKPgB, Bakarya Mohd. Salleh, seorang Penyelia dan enam orang anggota dikejarkan ke lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI