fbpx

KDN, AADK diberi tiga bulan rangka program bendung gejala dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) Bilangan 1 Tahun 2023 di Putrajaya, hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) diberi masa tiga bulan bagi merangka, menyusun inisiatif dan program efektif bagi membendung gejala penagihan dadah yang semakin membimbangkan di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, KDN dan AADK diarahkan supaya berganding bahu dan menyelaras program bermanfaat agar gejala dadah ini dibendung dengan lebih berkesan di samping mengusahakan pemulihan kepada penagih dadah sedia ada.

Beliau berkata, kerajaan melahirkan rasa bimbang apabila melihat statistik anggaran jumlah penagih dadah meningkat kini mencecah 1,097,408 orang dimana 1,051,712 adalah lelaki dan 45,696 adalah wanita.

“Lebih menyedihkan apabila daripada jumlah tersebut, 328,640 adalah berumur 15-29 tahun,” katanyaselepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gelaja Dadah (JKMD) Bilangan 1 Tahun 2023 bersama KDN AADK di sini, hari ini.

Katanya, dapatan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2020 mendapati daripada setiap 100 orang belia di negara ini, enam orang mengaku pernah mengambil dadah, manakala empat orang mengaku masih aktif mengambil dadah pada tempoh kajian dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI