fbpx

Hujan lebat, ribut petir di 6 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda enam negeri pagi ini.

Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca buruk diramal berlaku di negeri Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.

“Hujan lebat dijangka berlaku di Raub, Bentong dan Temerloh, Pahang dan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang, Selangor.

“Selain itu, cuaca buruk bakal melanda seluruh negeri Melaka serta Port Dickson dan Tampin, Negeri Sembilan,” katanya menurut sebuah hantaran di laman Facebook.

Di Johor, hujan lebat diramalkan berlaku di Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian serta Mukah (Matu dan Dalat) dan Limbang (Limbang), Sarawak, sehingga pukul 10 pagi, hari ini.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI