fbpx

Haiwan dipos guna kurier mudah stres, cepat mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LANDAK mini yang dijual menerusi laman Facebook ketika tinjauan Kosmo! dalam media sosial baru-baru ini.

PETALING JAYA – Masukkan haiwan eksotik seperti landak mini dan hamster ke dalam kotak yang ditebuk lubang kecil dan hantarnya ke seluruh negara menggunakan perkhimatan kurier.

Itu tindakan kurang berpe­rikemanusiaan segelintir penjual haiwan eksotik yang sanggup mengejar keuntungan semata-mata sehingga mengetepikan kebajikan haiwan.

Haiwan-haiwan bersaiz kecil itu bukan sahaja dihantar kepada pelanggan di dalam negara termasuk Sabah dan Sarawak, malah ada juga yang dihantar ke luar negara.

Peniaga terbabit mempromosikan haiwan masing-masing di Facebook dan tinjauan Kosmo! mendapati, terdapat lebih 20 penjual haiwan eksotik dikesan aktif di media sosial tersebut.

Wartawan Kosmo! yang me­nyamar sebagai pembeli dimaklumkan oleh penjual bahawa haiwan eksotik itu dipelihara di dalam rumah.

Seorang penjual dikenali sebagai Mimi mendakwa, dia menjual landak mini seperti apricot, cinnamon, cinnicot dan albino pada harga bermula RM70 se­ekor mengikut umur dan ia boleh dihantar menerusi kurier.

TANGKAP layar mesej perbualan dengan salah seorang penjual haiwan eksotik baru-baru ini.

“Kos penghantaran dari Du­ngun, Terengganu untuk negeri-negeri lain di Semenanjung adalah RM30, manakala bagi Sabah dan Sarawak RM40. Jika ke luar negara, cajnya adalah berbeza.

“Penghantaran ambil masa sehari. Jika Sabah dan Sarawak, mungkin tiga hari,” katanya.

Mimi memberitahu, haiwan eksotik itu tidak akan menimbulkan sebarang masalah kerana tahan lasak dan mampu hidup tanpa makan dan minum lebih daripada tujuh hari.

Malah, Mimi memberi jaminan haiwan yang dimasukkan dalam kotak akan sampai dengan ­selamat.
Ditanya sama ada Mimi memiliki lesen memelihara haiwan eksotik itu, dia memaklumkan h­anya mereka yang memiliki premis perniagaan memerlukan dokumen berkenaan.

“Saya buat secara suka-suka. Bermula dengan minat ternak landak, makin hari makin banyak, jadi ada kawan cadang untuk jual sebab ramai suka bela landak.

“Tak sangka ramai pelanggan dan mereka berpuas hati apabila sampai dalam keadaan baik,” ujarnya.

Seorang lagi peniaga dikenalii sebagai Rafiqah memberitahu, dia menjual pelbagai jenis haiwan eksotik antaranya ular jenis superfire ball phyton, hamster syrian longhair, axanthic blue tongue skink, dumpy frog dan sugar glider.

Menurutnya, dia mendapatkan haiwan eksotik itu menerusi beberapa pembekal selain ada yang diternak sendiri di rumahnya.

“Harga jualannya pula serendah RM80 dan ada yang mence­cah ribuan ringgit seekor.

“Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran menggunakan kurier. Jangan bimbang ia akan sampai dengan selamat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI