fbpx

Caprice cari individu gelar isteri pelacur Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penyanyi rap dan penceramah motivasi Caprice mencabar individu yang menggelar isterinya, Farra Inalis sebagai pelacur Vietnam supaya tampil bersemuka dengannya.

Pemilik nama sebenar Ariz Ramli itu turut meminta bantuan orang ramai untuk mengesan pemilik akaun yang meninggalkan komen biadab tersebut dalam Instagramnya.

“Siapa yang hang (awak) panggil set-set (golongan) macam pelacur bang?

“Sesiapa dekat Sungai Buloh atau Rawang yang kenal mamat (lelaki) ini, tolong pesan kat dia untuk WhatsApp saya sekarang,” katanya menerusi InstaStory.

Selebriti berusia 34 tahun itu memberi amaran tersebut selepas Farra mendedahkan komen seorang lelaki yang mempersoalkan penampilannya tidak menutup aurat.

Dalam perkongsian di Insta Story, ibu kepada seorang anak itu menegur tindakan kurang ajar pemilik akaun tersebut yang mengeluarkan kata-kata menjatuhkan maruah.

Turut mendedahkan wajah individu dimaksudkan, Farra menyatakan Caprice kini sedang mencari netizen berkenaan yang digelar sebagai ‘doraemon’.

“Suami saya tengah mencari awak tu ‘doraemon’. Harap cepat-cepatlah keluarkan pintu ajaib pergi ke alam ghaib.

“Kau orang ke binatang, aku keliru sebab dalam gambar pun dekat kandang lembu,” tulis wanita terbabit merujuk kepada foto pemilik akaun tersebut.

Terdahulu lelaki terbabit menuduh Farra mencemarkan imej Islam dengan dikatakan tidak bertudung, mewarnakan rambut dan bergambar tidak cukup kain yang diumpamakan seakan pekerja seks dari negara jiran.

Caprice mendirikan rumah tangga dengan Farra Inalis Husni, 28, yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan pada November 2021.

Farra mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Aleesya Sofea yang kini berusia 9 tahun, menerusi perkahwinan terdahulunya.

Sejak bergelar isteri kepada selebriti sensasi itu, ahli perniagaan terbabit turut memancing perhatian, selain kerap berdepan kecaman – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI