fbpx

Wanita Pakistan lari ke India kerana cinta dibebaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seema dan Sachin dibenarkan ikat jamin oleh sebuah mahkamah di Greater Noida. - Times of India

NEW DELHI– Seorang wanita Pakistan, Seema Haider dan teman lelakinya dibenarkan ikat jamin oleh sebuah mahkamah di Greater Noida, India kelmarin.

Mahkamah membenarkan ikat jamin dengan mereka dilarang meninggalkan India.

Mereka berkenalan semasa bermain permainan video PUBG dan jatuh cinta selepas itu. 

Seema datang ke India secara haram dari Pakistan bersama empat anaknya.

Polis kemudian menahan dan menghantar mereka ke penjara. 

Selepas mendapat ikat jamin daripada mahkamah, mereka mengadakan wawancara khas dengan Zee Media.

Siasatan mendedahkan bahawa Seema meninggalkan Pakistan bersama anak-anaknya pada 11 Mei lalu dan pada 13 Mei lepas, dia sampai ke rumah kekasihnya itu di Rabupura, Greater Noida selepas dibenarkan masuk ke India melalui Nepal secara haram menggunakan visa negara tersebut.

Seema memberitahu polis bahawa dia berhasrat untuk tinggal di India bersama kekasih dan empat anaknya itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI