fbpx

Syaza tak mahu berenggang dengan ibu bapa sebelum maut digilis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Sazali (kiri) menyiram air mawar di pusara bayinya, Syaza Syazwina Zahra yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ranggon, Kemaman, hari ini.

KEMAMAN – Seorang bapa tidak menyangka perubahan sikap bayinya yang menjadi lebih manja menjadi petanda pemergiannya apabila digilis kenderaan pacuan empat roda dipandu sepupu sendiri, malam tadi.

Mohd. Sazali Ismail, 47, berkata, Syaza Syazwina Zahra, 17 bulan yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik tidak mahu berenggang dengan dia dan isterinya, Mazwin Abdul Rahim, 37.

“Anak saya (Syaza Syazwina Zahra) memang tidak mahu berenggang dengan saya dan isteri sejak beberapa hari lalu.

“Seharian saya menghabiskan masa bermain dan menyuap dia makan kerana kebetulan saya cuti semalam. Tidak sangka ia kenangan terakhir kami,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Kampung Ranggon, di sini hari.

Mazwin kelihatan tidak henti menangis dan tubunya longlai sewaktu jenazah Syaza Syazwina Zahra dikebumikan pada pukul 4 petang tadi.

Bayi 17 tahun itu maut apabila digilis kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux dipandu secara mengundur oleh sepupu perempuannya berusia 19 tahun di Kampung Darat Kolam, Kerteh, di sini pada pukul 8.30 malam semalam.

Menceritakan kejadian, Mohd Sazali berkata, sewaktu kejadian, isterinya sedang mencuci kereta di hadapan rumah adik iparnya tersebut sementara Syaza Syazwina Zahra bermain air bersama sepupunya yang lain.

“Anak saya mengikut sepupunya yang tiba-tiba berlari dan kebetulan dalam masa sama, anak saudara perempuan saya juga sedang mengundurkan kenderaannya tanpa menyedari Syaza Syazwina Zahra berada di belakang.

“Isteri saya segera mendapatkan anak saya yang telah longlai sebelum bergegas ke klinik berdekatan, namun dia disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI