fbpx

Lelaki lawan arus punca penunggang Ducati maut di SUKE didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penunggang Ducati Panigale maut tercampak dari motosikalnya sebelum terjatuh dari jambatan di Kilometer 22.2 SUKE akibat mengelak motosikal melawan arus, 14 Jun lalu.

AMPANG JAYA – Lelaki yang menunggang motosikal secara melawan arus hingga mengakibatkan penunggang motosikal Ducati Panigale maut, di Lebuh Raya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE), akan dituduh esok.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, lelaki berusia 41 tahun dari Kajang, Selangor itu sebelum ini direkodkan keterangan ketika membuat laporan di Balai Polis Trafik Kajang.

“Suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang Jaya pada pukul 8.30 pagi esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 14 Jun lalu, Kosmo! melaporkan seorang penunggang motosikal Ducati Panigale meninggal dunia akibat parah selepas terbabas dan terjatuh dari jejambat SUKE apabila cuba mengelak penunggang motosikal lain yang menunggang secara melawan arus.

Kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, menyebabkan mangsa melanggar penghadang sebelah kiri jalan lalu terhumban dan terjatuh ke bawah pada ketinggian kira-kira 30 meter.

Selain itu, motosikal yang ditunggang mangsa terseret ke tengah jalan dan mayat mangsa ditemui tertiarap di belakang pagar Stesen Kawalan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) Sungai Klang.

Ekoran kemalangan itu, penunggang motosikal yang menunggang secara melawan arus tampil membuat laporan polis pada 16 Jun lalu.

Siasatan mendapati, lelaki tempatan berusia 41 tahun itu menunggang demikian kerana tersesat lalu mengambil keputusan menaiki jejambat SUKE untuk pulang ke rumahnya di Kajang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI