MIAMI, Florida – Seorang suami berdepan dakwaan cubaan membunuh selepas membelasah kekasih isterinya yang ditemui berada di atas katil, lapor portal berita MailOnline kelmarin.
John Dimmig dituduh membelasah lelaki itu dengan kayu besbol di sebuah rumah penginapan sebanyak tiga kali.
Kejadian berlaku pada 17 Jun lalu di rumah penginapan yang disewa di Lake Worth, Florida.
Mangsa terpaksa menerima rawatan perubatan di sebuah hospital akibat dipukul suami kepada Christie Barbato.
Barbato menceritakan kejadian tersebut kepada polis yang kemudian menahan suaminya dekat lokasi kejadian.
Dimmig sedang menunggu perbicaraan pada 17 Julai ini. – Agensi