fbpx

Rugi jika tidak realisasikan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi (tengah) mengiringi Mohd. Rafizi (dua dari kiri) pada Majlis Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal RMK12 bersama Kerajaan Negeri Kedah di Alor Setar, hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menjelaskan bahawa Malaysia terlepas peluang untuk memiliki pusat kargo terbesar di Asia Pasifik sekiranya pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) tidak direalisasikan.

Menurut beliau, pembangunan pusat kargo yang sama kini dirancang di Kuala Namu Sumatera, Indonesia.

“Jika tidak rebut peluang ini, negara jiran kita sedang bergerak ke situ. Kalau pusat kargo ini tidak dibawa ke Kedah maka, satu pusat kargo terbesar di Asia Pasifik akan ada di Indonesia, Pulau Namu Sumatera,” katanya pada program Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 Negeri Kedah di sini hari ini.

Terdahulu pada sesi libat urus itu, Muhammad Sanusi mengambil kesempatan menjelaskan tentang kepentingan KXP kepada penduduk Kedah khususnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI