fbpx

Remaja lelaki 18 tahun mati lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membawa naik mayat remaja lelaki yang ditemukan mati lemas ketika mandi bersama tiga rakan di sungai dekat Kampung Orang Asli Sungai Tanggang, Ulu Kinta, di sini hari ini. - IHSAN JBPM

IPOH – Remaja lelaki berusia 18 tahun ditemui mati lemas ketika mandi sungai bersama tiga rakan lain di Kampung Orang Asli Sungai Tanggang, Ulu Kinta, di sini petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5 petang.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun dihantar ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

“Mangsa, U. K. Santosh bagaimanapun dijumpai oleh orang asli dan remaja itu disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dibawa naik ke tebing dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 7 petang,” katanya, ketika dihubungi di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI