fbpx

PRN: Pas Terengganu umum manifesto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri (hadapan, tiga dari kiri) bersama kepimpinan PN pada program Jelajah PN Best peringkat Terengganu di Dataran Drawbrigde, Kuala Nerus semalam.

KUALA NERUS – Pas mengumumkan manifesto yang menawarkan 10 tawaran kepada rakyat Terengganu sekiranya terus diberi mandat mentadbir negeri ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) berlangsung 12 Ogos depan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tawaran pertama ialah rakyat negeri ini berkelayakan akan ditawarkan kemudahan pinjaman tanpa riba sehingga RM4,000 bagi pembelian motosikal.

“Khairat kematian sebanyak RM500 disediakan buat rakyat Terengganu selain mewujudkan Tabung Geran Usahawan Belia sebanyak RM5 juta.

“Kita juga berjanji akan menyiapkan jalan raya (pesisir) pantai dari Kemaman hingga Besut,” katanya pada Jelajah Perikatan Nasional (PN) Best di Dataran Jambatan Angkat Kuala Terengganu di sini malam tadi.

Ahmad Samsuri berkata, Pas juga menawarkan tajaan buat suri rumah Terengganu berkelayakan mencarum dalam Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Naib Presiden Pas itu menambah, Tabung Bantuan Pertanian, Penternak dan Nelayan sebanyak RM 5 juta juga akan disediakan.

“Kita juga bakal menyediakan peruntukan RM100 juta bagi menjadikan Terengganu sebagai salah sebuah negeri pengeluar makanan buat negara.

“Insentif pengembangan peniagaan kepada peniaga yang membuka cawangan di Terengganu juga akan diwujudkan bagi meningkatkan lagi peluang pekerjaan,” katanya.

Ahmad Samsuri berkata, pusat tafaqquh fiddin atau pengajian agama Islam akan dibina di setiap daerah di negeri ini.

Tambah beliau, Pas juga berjanji masjid baharu yang lengkap akan fasiliti dan menjadi pusat aktiviti agama, ekonomi, riadah dan sosial buat ahli kariah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI