fbpx

Poster benarkan pengeluaran KWSP secara bulanan tidak benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (kanan) beramah mesra dengan Komuniti Bukit Canggang pada program Kita Madani, hari ini.

KUALA LANGAT – Poster tular yang mendakwa kerajaan bersetuju dengan pengeluaran para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia 55 tahun secara bulanan atau berkala adalah tidak benar.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, semakan telah dibuat sendiri dengan pengurusan KWSP selain mendapat penjelasan sepenuhnya berhubung kesahihannya.

“Bila menerima mesej itu, saya sebagai seorang menteri yang menjaga isu komunikasi dengan segera tidak menghantar (poster) kepada orang lain kecuali kepada Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah sendiri.

“Beliau (Amir Hamzah) telah menyampaikan mesej kepada saya dengan menyatakan ini masih di peringkat kajian. Tidak ada hasrat pada waktu ini untuk mengenakan dasar tersebut kepada mana-mana pencarum sedia ada,” katanya ketika berucap pada Program Kita Madani Peringkat Negeri Selangor di Banting, hari ini.

Justeru, beliau menyatakan masyarakat perlu merujuk kepada komuniti Madani yang merupakan platform yang tepat untuk mendapatkan dan menyalurkan informasi terkini serta sahih.

Ujarnya, ini termasuk mengenai dasar-dasar inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan kepada rakyat secara berterusan.

“Di Selangor, sebanyak 168 komuniti Madani akan ditubuhkan di semua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Ia juga bertujuan menyuburkan semangat kebersamaan serta mempromosikan dasar-dasar Kerajaan Perpaduan dan konsep Malaysia Madani,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI