fbpx

Philipsen leburkan harapan besar Cavendish di TdF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PHILIPSEN muncul juara peringkat ketujuh TdF untuk menghampakan Cavendish yang memburu kemenangan peringkat buat kali ke-35 sepanjang kariernya. – AFP

BORDEAUX, Perancis – Pelumba Belgium, Jasper Phi­lipsen musnahkan impian Mark Cavendish untuk melakar kemenangan peringkat ketujuh kelmarin.

Pada saingan itu, Cavendish, 38 tahun cuba mencipta rekod merangkul kemenangan pe­ringkat perlumbaan buat kali ke-35 di Tour de France (TdF) selepas mendahului pelumba lain.

Pada perlumbaan sejauh 170 kilometer (km) tersebut, Cavendish melakukan pecutan awal pada 250 meter ter­akhir, namun berdepan masalah mekanikal sekali gus membuka ruang kepada Philipsen merangkul kemenangan.

“Saya sangat kecewa kerana ketika itu saya berdiri untuk melakukan pecutan, saya tersilap menukar gear sebelum duduk semula. Saya berdiri semula selepas itu dan perkara sama berlaku,” kata Cavendish.

Biarpun muncul juara buat kali ketiga, Philipsen tetap berhati-hati dengan ancaman Ca­vendish kerana pelumba Bri­tain itu semakin hampir de­ngan rekod kemenangan yang dicarinya untuk jelajah ter­akhirnya sebelum bersara pada penghujung musim.

“Dia (Cavendish) benar-benar kuat dan saya juga suka melihat dia melakar kemena­ngan. Saya yakin dia akan terus mencuba untuk memburu kemenangan,” kata Philipsen.

Juara bertahan, Jonas Vin­­ge­gaard dari Denmark mengekalkan jersi kuning pendahulu keseluruhan dengan mendahuli 25 saat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI