fbpx

Messi ‘mania’ landa Amerika Syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI belum disahkan lagi sebagai pemain Inter Miami, namun poster wajahnya mula membanjiri AS. – AFP

NEW YORK – Kehangatan bola sepak melanda warga Amerika Syarikat ketika ini biarpun bintang sensasi dunia, Lionel Messi masih belum diumumkan secara rasmi menjadi pemain Inter Mia­mi.

Di New York yang memiliki jarak kira-kira 2,100 kilometer dari ‘rumah baharu’ Messi di Florida, gedung utama Adidas telah ditampal dengan wajah-wajah kapten Argentina tersebut dengan slogan ‘Impossible Is No­thing’.

Melalui sekeping gambar yang disiarkan oleh DailyMail.com, sebahagian besar kedai-kedai yang menjual jenama berkenaan telah dipasang poster pemain ber­kenaan yang mengenakan jersi lengkap pasukan Inter Miami.

Bagaimanapun, gambar ber­kenaan dipercayai menggunakan teknik ‘superimpose’ kerana masih belum ada pendedahan rasmi sama ada oleh kelab atau pihak Messi sendiri yang me­nyiarkan gambarnya mengenakan jersi berkenaan.

Menurut sumber, Messi akan diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain Inter Miami sedikit masa lagi pada bulan ini dan dipercayai ketika mereka turun menentang kelab dari Mexico, Crul Azul pada 21 Julai nanti pada aksi persahabatan.

Perpindahan Messi ke Liga Bola Sepak Major (MLS) memberikan impak yang cukup besar terutama kepada Inter Miami apabila selepas 24 jam peng­umumannya menyertai kelab itu, pengikut di laman Twitter kelab meningkat hampir 5 juta orang, malah sehingga kini jumlah berkenaan sudah menjadi 9 juta orang.

Selain Messi, beberapa nama pemain berprofil tinggi lain se­perti Sergio Busquet, Sergio Ramos, Jordi Alba dan Luis Suarez turut dikaitkan dengan perpindahan menyertai Inter Miami. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI