fbpx

Menang dua acara, Roy King ‘makan besar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beregu lelaki negara, Yap Roy King-Wan Arif Junaidi (kanan) memastikan gelaran kebangsaan milik mereka selepas menang 21-17, 21-12 ke atas Low Hang Yee-Ng Eng Cheong di perlawanan akhir hari ini.

KUALA LUMPUR – Pemain beregu negara, Yap Roy King menjadi individu paling bertuah pada Kejohanan Badminton Kebangsaan apabila muncul juara dalam dua acara, iaitu beregu lelaki dan beregu campuran.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini, Roy King terlebih dahulu memastikan gelaran pertama menerusi beregu campuran bersama Valeree Siow apabila menewaskan Choong Hon Jian-Go Pei Kee 21-19, 21-18.

Gelaran kedua pula hadir menerusi acara beregu lelaki apabila gandingannya bersama Wan Arif Junaidi berjaya menewaskan Low Hang Yee-Ng Eng Cheong 21-17, 21-12 dalam tempoh 36 minit.

“Terima kasih kepada pasangan saya kerana membantu saya dalam gelanggang, lebih-lebih lagi bermain dalam dua acara. Saya dapat kelebihan dari segi keyakinan dan pengalaman jika bermain dalam dua acara.

“Belum tahu lagi nak guna (wang kemenangan) untuk apa, mungkin buat makan dulu. Apa yang penting adalah saya turun hari ini dengan niat untuk menang,” kata Roy King kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

Secara keseluruhan, Roy King dijangka menerima RM12,500 selepas memenangi RM10,000 bersama Valeree dalam beregu campuran selain meraih RM15,000 bersama Wan Arif selaku juara beregu lelaki.

Selain hadiah wang tunai yang diterima, mereka turut membawa pulang kalungan pingat serta piala pusingan.

Sementara itu, beregu wanita profesional, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien turut menepati ramalan apabila memastikan kejuaraan menjadi milik mereka apabila mudah menewaskan Cheng Su Hui-Vanessa Ng 21-13, 21-7.

Menerusi kemenangan tersebut, Vivian-Chiew Sien meraih hadiah wang tunai RM10,000, pingat dan piala pusingan manakala Su Hui-Vanessa membawa pulang RM5,000 berserta pingat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI