fbpx

Hasrat kanak-kanak hidap leukemia jadi pegawai polis tercapai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi di Facebook Polis Batu Gajah, hari ini.

PETALING JAYA – Impian dan hasrat seorang kanak-kanak lelaki yang disahkan menghidap penyakit leukemia untuk merasai menjadi pegawai polis tercapai, hari ini.

Muhamad Wirdas Hafiy Zhahrin Ain,10, menderita penyakit tersebut sejak beberapa bulan lalu ternyata sangat gembira dan bersyukur kerana berpeluang menaiki kenderaan PDRM.

Melalui kenyataan Facebook Polis Daerah Batu Gajah, kanak-kanak tersebut telah dibawa menaiki kereta MPV di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Batu Gajah, Perak bersama keluarganya.

“Program itu mendapat kerjasama Organisasi Make- A- Wish Malaysia yang objektifnya adalah untuk menunaikan impian insan-insan yang terpilih dalam program impian anak istimewa ini,” jelasnya.

Terdahulu, Muhamad Wirdas Hafiy bersama keluarganya dibawa menaiki kereta MPV meronda di sekitar kawasan Batu Gajah dan singgah di Sekolah Kebangsaan Sultan Yusuf, iaitu lokasi tempatnya belajar.

“Seluruh warga PDRM mendoakan kesihatan yang berpanjangan buat Muhamad Wirdas Hafiy dan semoga pengalaman menaiki kenderaan PDRM dan merasai menjadi seorang pegawai polis hari ini, akan menjadi satu kenangan berharga buat adik!” jelas kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI