fbpx

Harnden tenang situasi semasa Azeem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZEEM mungkin berdepan sedikit kesukaran pada Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok selepas enam minggu tanpa sebarang kejohanan - IG AZEEM FAHMI

JURULATIH bintang pecut negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi iaitu Ken Harnden tidak sabar menyaksikan perkembangan prestasi anak didiknya itu pada Kejohanan Olahraga Asia 2023 di Bangkok, Thailand bermula 12 Julai ini.

Harnden, 50, enggan memberikan tekanan terlalu tinggi kepada Azeem, 19, kerana atlet dari Teluk Intan, Perak itu baru pulih sepenuhnya daripada kecederaan pangkal paha kanan.

Pemegang rekod 100 meter (m) kebangsaan dengan catatan 10.09 saat (s) itu mengalami kecederaan tersebut ketika beraksi di suku akhir Kejohanan NCAA di Jacksonville, Florida, Amerika Syarikat pada hujung Mei lalu.

“Saya akan berada di sana (Kejohanan Asia) dan saya berharap dia kekal sihat serta boleh bersaing dengan baik di kejohanan itu.

“Saya percaya Azeem ketika ini berada dalam keadaan terbaik. Namun, dia sudah enam minggu tiada kejohanan, jadi mungkin sedikit ‘berkarat’. Apapun saya tak sabar untuk berada di sana,” kata Harnden.

Harnden merupakan individu bertanggungjawab membimbing Azeem di Universiti Auburn, Alabama yang menyaksikan bintang muda negara itu begitu konsisten dengan catatan masanya sepanjang tahun ini.

Sentuhan daripada Olimpian dari Zimbabwe itu hampir beberapa kali menyaksikan Azeem memadam rekod 100m kebangsaan miliknya dengan percubaan terbaik adalah 10.11s pada 12 Mei lalu.

Selain acara 100m, Azeem juga akan bergandingan dengan Khairul Hafiz Jantan, Jonathan Nyepa dan Mohamad Thaqif Mohammad Hisham untuk 4x100m pada aksi di Stadium Nasional Supachalasai minggu depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI