fbpx

Gadis kahwini sungai dicemari najis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Meghan Trump (tengah) melangsungkan perkahwinannya dengan Sungai Avon yang dicemari dengan najis manusia pada bulan lalu. - Instagram/saveouravon

LONDON – Seorang gadis membuat keputusan berkahwin dengan sebatang sungai tercemar bagi melindungi sungai tersebut daripada terus dicemari, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Gadis tersebut, Meghan Trump telah jatuh cinta dengan sungai ke-19 terpanjang di Britain,  Sungai Avon, walaupun ia kotor dan dicemari dengan sisa najis manusia.

Hari bersejarah wanita itu pada 17 Jun lalu agak berbeza dengan kebanyakan orang kerana dia berikrar mengenai komitmennya terhadap sungai yang mengalir melalui Bristol tersebut.

Trump memberitahu Daily Star bahawa dia membuat keputusan pelik itu kerana laluan air sungai tersebut telah menyebabkan dia dan rakan-rakannya jatuh sakit sebelum ini.

Menurut gadis itu, sungai tersebut juga membuatkan pakaian renangnya berbau najis.

Tambahnya, alasan di sebalik tindakannya itu adalah demi memenuhi ikrar untuk cuba melindungi dan menjaga sungai tersebut yang telah mengalami peningkatan jumlah pencemaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI