fbpx

Cuepacs perlu fahami kekangan kewangan kerajaan – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi berucap pada Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal RMK12 bersama Negeri Kedah di Alor Setar, hari ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) perlu memahami kekangan kewangan yang dihadapi oleh kerajaan ketika mengemukakan pelbagai tuntutan termasuk kenaikan gaji minimum.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kerajaan bagaimanapun memahami tuntutan pihak berkenaan yang berhasrat untuk meringankan kos sara hidup dalam kalangan penjawat awam.

“Tuntutan gaji baik daripada sektor swasta, sektor awam dan Cuepacs adalah hak masing-masing. Kita pun macam bekerja, kita ada banyak tuntutan juga tetapi kita pun tahu dan saya pasti Cuepacs pun sedia maklum bahawa kerajaan ada kekangan.

“Cuma yang Kerajaan Persekutuan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Perdana Menteri) sekarang nak tumpu begini, kita tidak bolehlah untuk tunai semua serta-merta tetapi kita nak pastikan kita tumpu soal gaji,” katanya pada sidang akhbar selepas hadir Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 Negeri Kedah di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan bagaimanapun tidak pernah memandang remeh isu tuntutan tersebut sejajar dengan kenaikan kos sara hidup rakyat ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI