fbpx

Cemburu rapat dengan majikan, lelaki Myanmar tikam rakan guna gunting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLUANG – Polis mengesan lelaki warga Myanmar bagi membantu siasatan berhubung satu kes pembunuhan melibatkan rakan senegara di ladang buah-buahan di Jalan Renggam-Kluang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, pihaknya menerima laporan dari Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) pada pukul 12.55 tengah malam berhubung kematian lelaki Myanmar berusia 30 tahun.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan dengan dua kesan tikaman di dada kiri, masing-masing satu tikaman di rusuk kiri dan kanan.

Seorang lelaki yang dicari pihak berkuasa berhubung kes kematian di sebuah ladang buah-buahan di Kluang.

“Hadil soal siasat ke atas isteri mangsa, suspek bertengkar dengan suaminya pada pukul 7.45 malam Jumaat (kelmarin) sehingga berlaku pergelutan yang mengakibatkan mangsa ditikam menggunakan gunting pemotong dahan.

“Punca pertengkaran dikatakan kerana rasa tidak puas hati suspek apabila mangsa sentiasa berhubung rapat dengan majikan mereka,” katanya di sini hari ini.

Menurut Bahrin, susulan kejadian pukul 5 petang semalam, seorang lelaki asing berusia dalam lingkungan 30-an ditahan di ladang itu, manakala pukul 9 malam seorang lagi lelaki diberkas di kawasan ladang pisang Bukit Benut. Lelaki kedua itu dipercayai rakan suspek.

Tambahnya, suspek utama yang melarikan diri dipercayai masih berada dalam daerah ini. Susulan itu Ops Cantas dilancarkan bagi mengesan pergerakan lelaki tersebut kerana mungkin cubaan untuk keluar dari negara ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI