fbpx

Young Tigers rekod kemenangan bersih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERLAWANAN persahabatan antara skuad hoki remaja lelaki kebangsaan (jersi merah) menentang Western Australia di Stadium Hoki Nasional hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Skuad hoki remaja lelaki negara menutup empat siri persahabatan menentang Western Australia dengan rekod kemenangan bersih pada aksi terakhir di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Bagaimanapun, Young Tigers tidak diberikan laluan mudah apabila dicabar sengit Western Australia sepanjang 60 minit permainan sebelum merakam kemenangan 4-3.

Ketua jurulatih, Muhamad Amin Rahim gembira dengan keputusan positif dilakar dalam empat perlawanan yang bermula sejak Selasa lalu, namun tetap menuntut peningkatan prestasi daripada anak-anak buahnya.

Menurut Amin, kelemahan paling ketara perlu ditingkatkan segera adalah aspek penyudah akhir selain organisasi pertahanan yang sekali lagi melepaskan tiga gol buat kali kedua berturut-turut.

“Kita menang siri ini tetapi secara keseluruhan perlawanan hari ini kurang baik berbanding tiga aksi terdahulu. Saya buat banyak pertukaran pemain sebab itu nampak ramai muka-muka baharu.

PERLAWANAN persahabatan antara skuad hoki remaja lelaki kebangsaan (jersi merah) menentang Western Australia di Stadium Hoki Nasional hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO

“Saya perlu beri peluang yang sama kepada semua pemain dan kami masih berjaya keluar dengan kemenangan. Segala kelemahan akan beri ruang kepada saya untuk perbetulkan dalam fasa persediaan sekarang.

“Saya gembira kerana proses persediaan para pemain berjalan baik. Boleh nampak pemain-pemain juga semakin yakin apabila turun ke padang,” katanya selepas tamat perlawanan sebentar tadi.

Empat gol skuad negara dalam perlawanan itu diperoleh menerusi dua jaringan Muhammad Harris Iskandar Osman dan masing-masing satu daripada Saiful Shahril Saiful Bahri serta Muhamad Salman Sudirman.

Selepas ini, Young Tigers akan bermain aksi persahabatan dengan pasukan senior kendalian A. Arul Selvaraj pada setiap Sabtu sebelum berlepas menghadapi siri Jelajah Eropah dijangka bulan depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI