fbpx

[VIDEO] Anak jumpa ibu selepas 17 tahun berpisah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar lelaki tersebut berjaya menemukan ibunya selepas 17 tahun.

PETALING JAYA – Penantian 17 tahun seorang anak lelaki untuk bertemu ibunya akhirnya bernoktah selepas dia berjaya menemukan ibunya baru-baru ini.

Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik Najmi Aina di akaun TikTok miliknya berkata, suaminya tidak menyangka akan berjumpa ibunya semula selepas pelbagai cara sudah dilakukan yang tidak membuahkan berhasil.

“Selama 17 tahun mak menghilang. Masa baru kenal suami, suami cerita pasal ini. Memang tak sangka ada peluang untuk jumpa sebab memang ‘lost contact’ (putus hubungan),” katanya.

Jelasnya, sebelum ini suaminya pernah berkongsi beberapa foto ibunya di beberapa platform media sosial namun menemui jalan buntu.

“Pernah viralkan (tularkan) diTwitter pun ‘nothing’ (tiada apa-apa) juga,” ujarnya.

Bagaimanapun, usahanya itu membuahkan hasil apabila menerima mesej di aplikasi Messenger daripada ibunya.

“Alhamdulillah, sempena hari jadi Tok hari ini, macam mimpi saja dapat tengok mak mertua sendiri pertama kali lepas hampir enam tahun kahwin.

“Sangat gembira untuk suami dan kakak ipar. Allah tak akan uji kalau kita tak mampu. Ada hikmah semuanya,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terharu dengan penemuan dua beranak tersebut.

“Aku pun menangis bila mak tu dah sebut nama penuh anak dia,” komen MalasLetakNama.

“Semoga suami saya pun ada rezeki jugak jumpa ibunya yang dia tak pernah kenal daripada kecil sampai sekarang dah 42 tahun dan bapanya yang dah lama tak jumpa. Dari umur 15 tahun,” kata Nikkwanii.

Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih daripada 30,000 tontonan dan 766 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

@njmiainaWalaupun tu mak mentua dan tak pernah jumpa pun, tapi aku pun beria jugak nangis kat sebelah 😂 masih rasa mcm mimpi. Alhamdulillah terima kasih ya Allah 💞❤️

♬ original sound – Najmi Aina

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI