fbpx

United semakin hampir beli Suzuki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUZUKI bakal menjadi pemain termahal berhijrah daripada Liga Jepun selepas tawaran rasmi daripada The Red Devils bernilai £5 juta.

MANCHESTER – Manchester United membuat kejutan apabila dilaporkan semakin hampir untuk menandatangani khidmat penjaga gol Jepun, Zion Suzuki daripada kelab Liga Jepun, Urawa Reds.

Penjaga gol berdarah campuran Ghana-Jepun itu telah diintai oleh peninjau bakat United sejak 2017 dan kini berpotensi menjadi pemain termahal berhij­rah daripada Liga Jepun.

Suzuki, 20, yang dilahirkan di Arkansas, Amerika Syarikat pada 21 Ogos 2002 itu, dikatakan telah menerima tawaran rasmi dari­pada The Red Devils bernilai £5 juta (RM29.73 juta).

Ia sekali gus mengatasi rekod perpindahan termahal Liga Jepun yang dipegang penyerang lincah Samurai Biru, Kyogo Furu­hashi ketika menyertai Celtic dengan harga £4.5 juta (RM26.76 juta) pada 2021.

Furuhashi bersama seorang lagi rakan senegaranya, Daizan Maeda kini menikmati kehidupan di Celtic yang menyaksikan dua bintang Jepun itu menandata­ngani lanjutan kontrak empat bersama gergasi Scotland tersebut.

Difahamkan, Suzuki lebih dilihat sebagai penjaga gol kedua bagi menggantikan tempat Tom Heaton yang mahu menyertai Luton Town dan Jack Butland juga sudah berhijrah menyertai Rangers.

Bagi mengisi slot penjaga gol No.1, United dilaporkan telah membuat tawaran kedua bernilai £42.7 juta (RM253.90 juta) dan berpotensi meningkat sehingga £47 juta (RM279.47 juta) buat Andre Onana.

Difahamkan, Inter Milan sebelum ini menolak bidaan pertama United berjumlah £39 juta (RM231.90 juta) kerana mahukan harga £51 juta (RM303.25 juta) untuk melepaskan penjaga gol Cameroon itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI