fbpx

Tragedi kepala air: Pusat kawalan operasi ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota keselamatan yang melakukan operasi mencari dan menyelamat Putri Nor Fatin di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memutuskan untuk menutup pusat kawalan operasi di Air Putih di sini petang tadi setelah tujuh hari operasi mencari dan menyelamat mangsa tragedi kepala air Jeram Mawar dilaksanakan.

Ketua Zon 2 JBPM Terengganu, Azman Alias berkata, penutupan itu bermaksud operasi mencari dan menyelamat baki satu mangsa yang masih belum ditemui akan dikecilkan mulai esok.

“Kita turut menutup dua pusat kawalan hadapan di Kampung Pasir Minal dan Kampung Seberang Tayor di sini berkuatkuasa pukul 6 petang tadi. Pusat kawalan operasi dipindahkan ke Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh di sini,” katanya di sini hari ini.

Azman berkata, keputusan untuk mengecilkan operasi mencari dan menyelamat Putri Nor Fatin, 14, yang masih hilang dibuat ekoran ketiadaan sebarang petunjuk sehingga kini.

Jelas beliau, mangsa masih gagal ditemui walaupun pasukan mencari dan menyelamat telah memeriksa di segenap sektor pencarian seluas 32 kilometer.

“Begitupun, operasi mencari dan menyelamat masih akan diteruskan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh dan Chukai pada skala kecil. Saya mohon penduduk tempatan khususnya nelayan memaklumkan segera kepada kami sekiranya terjumpa sebarang petunjuk,” katanya.

Kosmo! Selasa lalu melaporkan Putri Nor Fatin dan lapan ahli keluarga serta tunang kakak sulungnya dihanyutkan kepala air sewaktu berkhemah di Jeram Mawar pada Sabtu lalu.

Kesemua mangsa lain telah ditemui secara berperingkat dari Ahad hingga semalam dan selamat dikebumikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI