fbpx

Tragedi kepala air: Gali beting pasir cari mangsa terakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman (tiga dari kanan) memberi taklimat operasi mencari dan menyelamat hari ketujuh tragedi Jeram Mawar di Balai Polis Air Putih, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Pasukan mencari dan menyelamat membuat keputusan menggali kawasan beting pasir sekitar Jeram Mawar, Air Putih di sini sebagai ikhtiar mencari mangsa terakhir tragedi kepala air yang masih hilang.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Azman Alias berkata, mangsa terakhir, Putri Nor Fatin, 14, dikhuatiri tertimbus di dalam beting pasir terbabit.

“Beting-beting pasir itu baru wujud berikutan perubahan aliran air sungai disebabkan kejadian kepala air tempoh hari.

“Berdasarkan pengalaman pencarian kes-kes sebelum ini, terdapat kemungkinan mangsa tertimbus di dalam beting pasir baru wujud berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Azman berkata, khidmat anjing pengesan akan digunakan bagi mengesan mangsa setelah beting pasir itu selesai digali.

Tambah beliau, operasi mencari dan menyelamat masuk hari ketujuh semalam turut akan menumpukan pencarian di kawasan timbunan kayu hanyut di sekitar lokasi kejadian.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI