fbpx

Taktik Jumbo-Visma makan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN Jumbo-Visma gigih melakukan kayuhan di laluan mendaki ke puncak di Cauterets-Cambasque semalam. – AFP

TARBES, Perancis – Mereka mungkin berjaya mengambil jersi kuning, namun ranca­ngan Jumbo-Visma untuk ‘membunuh’ Tour de France (TdF) 2023 memakan diri mereka sendiri di peringkat keenam, menurut ketua EF Education-EasyPost, Jonathan Vaughters.

Satu lagi aksi mendebarkan apabila menyaksikan Tadej Pogacar (UAE Team Emirates) meraih kemenangan luar biasa selepas menyerang Jonas Vingegaard (Jumbo-Visma) pada ka­yuhan akhir, hanya 24 jam selepas dia tewas lebih seminit kepada juara bertahan Denmark itu.

Terdahulu, Jumbo-Visma cuba meningkatkan rentak di Col du Tourmalet, laluan legenda de­ngan baki 50 kilometer (km), de­ngan Wilco Kelderman dan Sepp Kuss bergabung untuk mele­nyapkan semua orang dalam kumpulan itu kecuali jaguh mereka Vingegaard dan Pogacar.

Vingegaard tidak lama kemudian melakukan kayuhan sendiri sebelum kemuncak, tetapi tidak seperti langkahnya yang memusnahkan pada peringkat kelima susulan dia gagal menggegarkan Pogacar dan pasangan itu berge­rak bersama-sama untuk kejar-mengejar.

Dengan Wout van Aert berada di depan selepas rehat, Jumbo-Visma memanggilnya untuk turun ke belakang, mengambil Vingegaard dan Pogacar dan kemudian menyeret mereka ke dalam kumpulan hadapan.

Bagaimanapun, pelumba Belgium itu mengayuh laju ke pendakian terakhir sebelum akhir­nya menarik diri kerana keletihan, dengan 5km untuk diharungi ketika Vingegaard and Pogacar terus bersaing.

Tetapi perubahan terbesar masih belum datang. Dengan baki 2.7km, Pogacar meledak dengan jelas dan Vingegaard tidak dapat bertindak balas ketika pemain Slovenia itu meraih kemenangan sebanyak 24 saat untuk menghidupkan semula usahanya bagi merebut mahkota TdF ketiga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI