fbpx

Rumah lelaki kencing penduduk Orang Asli diroboh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah jentolak memusnahkan rumah milik Pravesh Shukla selepas tersebarnya video dia buang air kecil pada seorang lelaki suku penduduk Orang Asli di Madhya Pradesh, Rabu lalu. - Foto ANI/Twitter

NEW DELHI – Pihak berkuasa negeri Madhya Pradesh merobohkan rumah seorang lelaki selepas rakaman video menunjukkan dia membuang air kecil pada seorang penduduk Orang Asli tular di media sosial, lapor portal berita CNN semalam.

Insiden dalam video itu didakwa berlaku setahun lalu, manakala suspek yang dikenal pasti polis sebagai Pravesh Shukla ditangkap dan didakwa pada Selasa lepas.

Dia boleh didenda dan dipenjara sehingga dua tahun sekiranya didapati bersalah, kata polis.

“Sebaik sahaja kami mengetahui video ini menjadi tular, polis terus bertindak,” kata Timbalan Superintendan Polis Daerah Sidhi, Priya Singh. Kejadian berlaku di daerah berkenaan.

Polis daerah memberitahu CNN bahawa kerajaan negeri mengarahkan rumah Shukla dirobohkan kerana dibina secara haram. 

Media tempatan menunjukkan struktur itu diruntuhkan oleh jentolak Rabu lalu.

Dalam kenyataan di laman Twitter semalam, kerajaan Madhya Pradesh berkata, mangsa akan menerima pampasan 500,000 rupee (RM28,263) dan 150,000 rupee (RM8,479) lagi untuk membantunya membina rumah baharu.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas Ketua Menteri Madhya Pradesh, Shivraj Singh Chouhan melawat mangsa untuk memohon maaf atas apa yang berlaku. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI