fbpx

Remaja maut motosikal rempuh besi pembahagi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Adam maut selepas motosikal ditungganginya merempuh besi pembahagi tengah jalan di KM101.2 Lebuh Raya Utara-Selatan, Sungai Petani pada awal pagi ini.

SUNGAI PETANI – Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan lalu merempuh besi pembahagi jalan di Kilometer 101.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 pagi itu, mangsa, Mohamad Adam Ikmal Mohd. Noor, 17, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan memberitahu, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Plaza Tol Sungai Petani Selatan ke Plaza Tol Sungai Petani Utara.

“Mangsa yang beralamat di Bertam Perdana 3, Kepala Batas, Pulau Pinang dipercayai menunggang dalam keadaan laju sebelum gagal mengawal motosikal menyebabkan dia terbabas ke kanan jalan.

“Remaja itu kemudian merempuh besi pembahagi di tengah lebuh raya menyebabkannya tercampak dan maut serta-merta di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, pemeriksaan lanjut mendapati mangsa yang tidak bekerja itu tidak memiliki lesen memandu yang sah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI