fbpx

PRN: Wan Saiful tidak perlu campur urusan DAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke (tengah) ketika lawatan dan menaiki feri baharu di Terminal Swettenham Pier Cruise, George Town hari ini. -Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

GEORGE TOWN – DAP meminta Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan agar tidak mencampuri urusan parti itu terutama dalam soal calon-calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, adalah lebih baik sekiranya bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), menjaga urusan partinya sendiri berbanding menjaga urusan parti lain.

“Wan Saiful itu Setiausaha Agung DAP ke? Saya tanya adakah dia Setiausaha Agung DAP, dia boleh tentukan calon kita?.

“Saya rasa tidak payahlah nak jaga tepi kain orang, dia sibuk dia punya hal sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan pemeteraian MoU antara Railway Assets Corp dan ThinkCity di sini, hari ini.

Loke mengulas mengenai video tular yang dimuat naik Wan Saiful di Facebook beliau yang mendakwa terdapat khabar angin bahawa Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang pada PRN ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI