fbpx

PRN: DAP kekal tanding di kerusi penyandang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke (tengah) hadir ke Majlis Penyerahan Lesen Memandu MyLesen (B2) di Pusat Latihan Memandu Balik Pulau, hari ini. -Foto oleh IQBAL HAMDAN/ KOSMO!

BALIK PULAU – DAP akan bertanding mempertahankan kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disandang parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, secara umumnya jumlah kerusi DUN yang akan ditandingi DAP tidak berubah.

“Jumlah kerusi memang tidak berubah banyak, kita hanya bertanding di kerusi-kerusi yang telah kita menang iaitu di kerusi penyandang.

“Saya pun belum kira berapa (kerusi penyandang) yang akan kita tanding ini, cuma di Pulau Pinang ada 19 kerusi,” katanya selepas majlis penyerahan lesen menerusi Program MyLesen B2 peringkat Pulau Pinang di sini hari ini.

Menurut Loke, pihak pimpinan DAP Pusat juga masih belum menerima senarai calon-calon yang akan bertanding mewakili parti itu pada PRN nanti daripada DAP negeri.

“Soal calon akan diumumkan kelak, senarai calon belum ada dan kami belum terima (nama calon) dari peringkat negeri lagi,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, kesemua isu berkaitan PRN seperti soal calon dan juga soal agihan kerusi akan diumumkan sebelum hari penamaan calon. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI