fbpx

Lima selebriti kena baling atas pentas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIMA penyanyi pernah mengalami situasi cemas semasa melakukan persembahan.

PENYANYI terkenal Adele memberi amaran dan menyelar tindakan segelintir peminat yang membaling sesuatu ke atas pentas sehingga mencederakan penyanyi yang sedang beraksi.

ADELE

“Jangan lakukannya dan jangan sesekali terfikir untuk baling barang kepada saya! Adakah anda perasan sejak kebelakangan ini ramai orang terlupa etika menghadiri sesebuah konsert,” katanya ketika beraksi untuk Weekends with Adele Concert in Las Vegas baru-baru ini.

Sejak kebelakangan ini timbul trend peminat membaling barang ke arah penyanyi yang sedang beraksi di atas pentas sehingga mendatangkan kecederaan.

Perbuatan tersebut menimbulkan persoalan tentang tahap keselamatan penyanyi di atas pentas.

Pink

Penyanyi Pink juga mengalami nasib yang serupa apabila seorang peminat telah mencampakkan abu mayat ibunya ketika dia sedang beraksi di pentas British Summer Time Festival di London’s Hyde Park baru-baru ini.

PINK

Sejurus selepas itu, Pink mengutip beg yang berisi abu mayat tersebut dan meletakkannya di depan pentas sambil meneruskan persembahannya dengan lagu Just Like A Pill.

Lil Nas X

Penyanyi yang popular dengan imej esentrik, Lil Nas X terpaksa menghentikan persembahan semasa mengadakan konsert di Sweden baru-baru ini selepas peminat membaling patung seks ke atas pentas.

LIL NAS

“Siapa yang mencampakkan barang ini ke atas pentas. Apakah masalah anda,” soalnya sebelum menyambung persembahan.

Ava Max

Dua hari selepas kejadian yang menimpa Bebe Rexha, penyanyi Ava Max pula ditampar oleh peminat ketika beraksi di sebuah konsert di Los Angeles pada 20 Jun lalu.

AVA MAX

Ava yang berkongsi detik cemas tersebut menerusi akaun Twitter miliknya berkata, dia ditampar dengan kuat sehingga mencederakan matanya.

“Dia tampar dengan kuat sehingga mencalarkan bahagian dalam mata saya. Dia tidak akan datang ke mana-mana konsert lagi,” ujar Ava.

Bebe Rexha

Persembahan Bebe Rexha di New York terpaksa dihentikan apabila penyanyi itu dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan di bahagian mata kirinya gara-gara seorang peminat membaling telefon bimbit tepat ke arah wajahnya.

BEBE REXHA

Penyanyi berusia 33 tahun itu berada dalam keadaan stabil meskipun matanya kelihatan lebam dan bercalar.

Seorang lelaki ditahan pihak polis sejurus kejadian tersebut atas kesalahan mencederakan dan beberapa kesalahan lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI