fbpx

Penduduk tagih janji bina jambatan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk melihat jambatan yang runtuh sejak tiga tahun lalu di Kampung Tanjung Kerayong, Temerloh semalam.

TEMERLOH – Kira-kira 3,000 penduduk Kampung Tanjung Kerayong di sini, merayu kerajaan segera mengotakan janji bagi membina jambatan konkrit di Sungai Semantan yang runtuh akibat banjir tiga tahun lalu.

Ketiadaan jambatan itu bukan sahaja menyukarkan mereka membawa keluar hasil pertanian ke bandar Mentakab dan Temerloh, malah kesukaran membawa jenazah untuk dikebumikan di tanah perkuburan yang terletak di seberang sungai.

Setiap kali berlaku kematian, penduduk terpaksa melalui bandar Mentakab dan menyeberangi Jambatan Chatin sebelum ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Catuk sejauh tujuh kilometer berbanding hanya 500 meter dengan menggunakan jambatan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tanjung Kerayong, Abdul Mubin Ismail berkata, jambatan konkrit sepanjang 50 meter merentangi Sungai

Semantan yang dibina 15 tahun lalu itu runtuh apabila tiang konkrit bahagian tengah patah ketika banjir pada 2021.

“JPKK sudah beberapa kali membuat permohonan kepada kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lagi bagi membina jambatan baharu, namun sehingga kini tiada respon,” katanya.

Seorang penduduk, Norehan Ismail, 65, berkata, sebelum PRU15 ada pemimpin yang datang melawat ke kawasan itu dan menyatakan projek pembinaan jambatan baharu sudah ada dalam perancangan pihak kerajaan, cuma menunggu masa untuk pembinaan.

“Kami pun teruja dan yakin projek itu direalisasikan, namun sehingga kini ia hanya tinggal janji. Sudah tiga tahun kami me­nunggu, mana jambatan yang dijanjikan,” ujarnya.

Ghazali A. Rahman, 63, berkata, sejak jambatan itu runtuh, dia tidak mengusahakan lagi kebun getah dan tanaman pisang di seberang Sungai Semantan seluas tiga hektar kerana sukar membawa hasil menyeberangi sungai.

Katanya, dia bersama ahli JPKK sudah beberapa kali berjumpa dengan pemimpin kerajaan dan pejabat daerah bagi merayu pembinaan jambatan baharu dengan harapan kemudahan itu dapat direalisasikan.

“Setahu saya hampir 1,000 hektar kawasan kebun sawit, getah dan tanaman komersial lain telah terbiar dan tidak diusahakan oleh penduduk sejak tiga tahun lalu selepas kesukaran menyeberang sungai ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI