fbpx

Pandu Puteri perlu teroka perniagaan botol plastik – Tunku Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Azizah ketika bertitah pada majlis tersebut di stadium tertutup Kuala Selangor, hari ini. -Foto AFIQ RAZALI

KUALA SELANGOR – Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) disarankan meneroka peluang perniagaan termasuk daripada bahan kitar semula.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah, botol plastik contohnya mampu menjadi benang untuk dihasilkan beg, kusyen dan selimut.

“Pada Mei tahun lepas, saya telah melawat Chelsea Flower Show di England dan amat kagum apabila memasuki satu booth. Cantik-cantik tenunan dan hamparan beg, kusyen dan selimut.

“Yang nak saya sama-sama kongsi. Mereka di England mengambil semua botol plastik dicairkan sama hampas padi dari India. Prosesnya akhirnya menjadi benang dan ditenun menjadi karpet, beg dan selimut.

“Di sini, saya nyatakan kalau kita pungut semua botol-botol (plastik) di Malaysia dan kita mempunyai peluang perniagaan baharu kepada Pandu Puteri,” titahnya ketika merasmikan program National Plastik Busters Beach-Riverpark Clean Up 2023 peringkat kebangsaan di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini, hari ini.

Turut berangkat ke perasmian tersebut adalah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang juga Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor.

Seramai 1,000 ahli PPPM terlibat dalam menjayakan program di Jeram di sini selain turut diadakan serentak di seluruh negara.

Tunku Azizah yang merupakan Penaung Diraja PPPM menjelaskan, program tersebut mampu menanam kesedaran pada semua masyarakat kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Titah baginda, ini berikutan rakyat negara ini suka membuang sampah dalam sungai dan parit seterusnya memasuki laut.

“Sudah tiba masanya, masyarakat faham apa yang terjadi pada pantai kalau kita membuang plastik begitu sahaja.

“Sebanyak mana duit ada dalam dunia, kita tidak boleh membuat pantai. Kita hapuskan pantai, kita tidak buat (lagi) kerana itu adalah alam semula jadi yang kita harus jaga,” tegas baginda. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI