fbpx

Mahu pembangunan usahawan veteran ATM lebih holistik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adly (dua dari kiri) ketika menghadiri Program Veteran ATM peringkat negeri Pulau Pinang di Kepala Batas, hari ini.

SEBERANG PERAI – Kementerian Pertahanan akan melihat secara lebih holistik atau menyeluruh berhubung aspek pembangunan usahawan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memastikan agar tidak ada mana-mana usahawan kecil daripada kalangan mereka yang akan ‘terpinggir’.

Timbalan Menterinya, Adly Zahari berkata, itu antara fokus yang digariskan dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing daripada kalangan veteran ATM selepas ini.

“Kita tak nafikan ada veteran (ATM) sama ada yang berpencen atau tidak berpencen boleh pergi sehingga ke peringkat antarabangsa (dalam bidang keusahawanan) dan di Mindef (Kementerian Pertahanan) itu sendiri, yang menguruskan penyelenggaraan pesawat dan sebagainya juga terdiri daripada kalangan anggota veteran.

“Tapi, dalam hal ini, kita harus lihat dalam kalangan majoriti kerana veteran ATM ini ramai yang menjadi usahawan kecil,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Peduli Veteran ATM peringkat negeri Pulau Pinang di Kepala Batas, di sini hari ini.

Sempena program itu, beliau turut meluangkan masa melawat serta menyantuni tiga anggota veteran ATM di negeri ini termasuk dua yang dikategorikan sebagai veteran asnaf dan menyampaikan sumbangan berupa 500 buah Bakul Rahmah kepada anggota veteran lain yang layak.

Dalam pada itu, Adly berkata, pihaknya akan terus komited dalam memastikan agar jumlah penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) daripada kalangan veteran ATM dinaikkan daripada 9,000 kepada 15,000 penerima dengan peruntukan berjumlah RM54 juta mulai tahun ini menjadi kenyataan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI