fbpx

Lesen Emraz digantung selama 6 bulan – Motac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), Datuk Seri Tiong King Sing memutuskan untuk menggantung lesen Syarikat Emraz Travel & Tours Sdn. Bhd. selama enam bulan berkuat kuasa mulai 10 Julai ini sehingga 9 Januari 2024.

Motac dalam kenyataan di sini memaklumkan, penggantungan lesen syarikat ini adalah selaras dengan Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) di bawah subseksyen 8(1)(d) iaitu menjalankan perniagaan mengikut cara memudaratkan kepentingan orang awam, industri pelancongan atau ekonomi negara.

Katanya, dalam tempoh penggantungan lesen ini, syarikat berkenaan tidak boleh mengurusniagakan apa-apa perniagaan baharu seperti mengiklankan pakej umrah dan mengambil jemaah baharu untuk mengerjakan umrah.

“Syarikat tersebut dikehendaki mengambil tindakan memulangkan semula bayaran dan apa-apa dokumen milik jemaah umrah yang memilih untuk membatalkan tempahan dengan syarikat serta membuat penjadualan semula penerbangan umrah yang tertangguh.

“Sekiranya didapati syarikat melanggar syarat ini, tindakan pembatalan lesen boleh diambil dan tiada pembaharuan lesen akan dibenarkan setelah habis tempoh lesen, ” katanya hari ini.

Sebelum ini, pada 2 April lalu, Lembaga Tabung Haji (TH) menggantung lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi syarikat sama sebagai langkah awal melindungi kebajikan bakal jemaah haji.

Menurut kenyataan TH, keputusan ini diambil berikutan makluman beberapa aduan awam berkenaan perkhidmatan umrah yang diberikan syarikat tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI