fbpx

Kepala air: Jenazah Muhammad Fikri disemadi berhampiran pusara ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHRIZAL menyiram air mawar ke atas pusara arwah adiknya, Muhammad Fikri yang selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Kuda, Semerah, Batu Pahat, Johor pagi hari ini.

BATU PAHAT – Jenazah mangsa lemas kepala air di Jeram Mawar Air Putih, Kemaman, Terengganu, Muhammad Fikri Saliman, 24, yang ditemui pagi semalam selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Kuda, Semerah di sini pagi hari ini.

Jenazah Allahyarham Muhammad Fikri dikebumikan kira-kira pukul 7 berhampiran pusara ibunya, Zaitun Rashid yang meninggal dunia pada Mac tahun lalu.

Menurut abang mangsa, Shahrizal, 40, mereka sekeluarga menzahirkan rasa syukur apabila hasrat keluarganya untuk semadikan arwah adik bongsu daripada lima beradik itu berhampiran pusara ibu tercinta.

“Alhamdulillah, kami sekeluarga sangat bersyukur dapat jumpa dan sempurnakan jenazah adik saya.

“Jenazah adik dikebumikan dekat dengan kubur emak, sebab kawasan kubur emak sudah penuh, jadi dapat kebumi berhampiran sudah cukup, itu hasrat keluarga kami,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI