fbpx

Kecederaan buku lali lebur impian Haiqal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAIQAL (dua dari kanan) terpaksa akur tidak mengambil bahagian pada Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok minggu depan disebabkan masalah kecederaan.

BEKAS raja pecut Asia Tenggara, Muhammad Haiqal Hanafi ‘berputih mata’ untuk beraksi pada Kejohanan Olahraga Asia 2023 di Bangkok, Thailand dari 12 hingga 16 Julai ini.

Pemenang pingat emas 100 meter (m) Sukan SEA Manila 2019 dan gangsa Sukan SEA Kemboja 2023 itu terpaksa digugurkan pada saat-saat akhir selepas disahkan mengalami kecederaan buku lali.

Jurulatih pecut negara, Mohd. Poad Kassim menjelaskan, Haiqal,23, mengalami kecederaan tersebut ketika menjalani latihan pusat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak baru-baru ini.

Bagaimanapun, Poad enggan memperbesar-besarkan isu kecederaan tersebut sambil mendedahkan Mohammad Thaqif Hisham akan masuk menggantikan tempat Haiqal dalam kuartet 4x100m negara.

“Bagaimanapun, atlet-atlet kita masih bersemangat dan berada dalam keadaan cukup positif, harapnya kita boleh melakukan yang terbaik nanti,” kata Poad.

Pada awalnya, Thaqif dengan rekod peribadi 100m, 10.69 saat (s) tersenarai ke Bangkok sebagai pengganti kepada seorang lagi pelari pecut, Muhammad Arsyad Md. Saat yang digugurkan kepada masalah hamstring.

Kini, Thaqif bakal menggalas peranan sebagai pelari ketiga dalam misi memburu kejayaan podium atau memecahkan rekod 4x100m kebangsaan dicipta kuartet pada Sukan SEA Kemboja dua bulan lalu.

Aturan baharu kali ini menyaksikan Khairul Hafiz Jantan sebagai pelari pertama diikuti Jonathan Nyepa kedua, Thaqif ketiga dan pemegang rekod 100m Malaysia, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi sebagai anchor (pelari terakhir).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI