fbpx

Iqbal, Inspektor Shiela sepadan, netizen ramal muka anak kacukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Inspektor Shiela (kiri), Iqbal

PETALING JAYA – Orang ramai mula meramalkan wajah anak kacukan sekiranya pempengaruh media sosial, Iqbal Zulkefli berjodoh dengan wanita yang dikenali sebagai Inspektor Shiela.

Ramalan itu tercetus selepas sebuah portal berita memuat naik sesi ‘photoshoot’ di antara Iqbal dan Inspektor Shiela semalam sambil mengenakan baju kebangsaan dengan warna sedondon.

Dalam pada itu, gelagat mereka berdua yang kelihatan segan dan malu antara satu sama lain setelah pertama kali bertentang mata turut mencuri tumpuan netizen.

Terdahulu, Iqbal memaklumkan terbuka hati untuk mengenali Inspektor Sheila dengan lebih dekat.

Iqbal melalui satu hantaran di InstaStorynya berkata, dia percaya ada sifat lembut di sebalik ketegasan yang dimiliki pegawai polis itu.

“Nampak sepadan Iqbal dan Inspektor Shiela. Mesti anak-anak nanti comel, muka mixed (campuran) Melayu-India,” kata Tiara.

“Iqbal tolong Iqbal, awak memang serasi sangat, terus jadi Iqbal,” kata Ahmad Yusof.

“Moga Iqbal dapat lembutkan Inspektor Shiela, selalunya orang garang ini kalau bertemu pasangan yang betul, auto jadi lemah, ayu. Sweet (manis) la Iqbal dan Inspektor Shiela, macam pengantin baru,” seloroh Hanani.

Sementara itu, pada ruangan komen video yang dikongsikan portal tersebut, Iqbal turut mengakui bahawa Inspektor Shiela sememangnya mempunyai sisi lembut dalam diri wanita itu.

“Sejujurnya saya pada awalnya rasa tercabar apabila tengok Inspektor Shiela terlalu garang di media sosial. Terdetik mahu tengok dia (Inspektor Shiela) jadi lembut dan mengenakan pakaian Melayu yang sopan.

“Hari ini (semalam) saya berjumpa ternyata benar apa yang saya percaya, ‘segarang apa pun, sudah namanya manusia tetap akan lembut jika bertemu kena pada caranya’,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI