fbpx

Hujan lebat, ribut petir di Perlis, Kedah sehingga 12 tengah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang di dua negeri di utara sehingga 12 tengah hari ini.

Met Malaysia dalam sebuah kenyataan yang dimuat naik di Facebook berkata, cuaca buruk tersebut dijangka melibatkan dua negeri iaitu Perlis dan Kedah.

“Antara kawasan yang terlibat adalah di seluruh negeri Perlis. Manakala Kedah di kawasan Langkawi dan Kubang Pasu,” katanya.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter perjam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI