fbpx

FIFA arah Kelantan FC buat bayaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELFORT dijangka memperoleh bayaran lebih setengah juta ringgit selepas FIFA mengarahkan Kelantan FC buat bayaran kerana pelanggaran kontrak.

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengarahkan Kelantan supaya membuat bayaran lebih setengah juta ringgit kepada bekas importnya, Kervens Belfort selepas didapati berlaku pelanggaran kontrak.

Ia pastinya menambah kesukaran buat The Red Warriors selepas FIFA juga dilaporkan turut berpihak kepada Choi Moon Sik seperti yang didakwa oleh ejennya, Myeongho Jeong.

“Saya ikat kontrak tiga tahun dan AS$105,000 (RM490,455) sebagai pampasan kepada baki kontrak dua tahun kerana ada perlanggaran kontrak tanpa sebab yang munasabah.

“Mereka juga kena bayar kos fisioterapi, bonus, penginapan dan tunggakan gaji empat bulan, kesemuanya babitkan nilai berjumlah AS$35,000 (RM163,485),” katanya.

Kelmarin, pemain dari Haiti itu menerusi Instagram Story miliknya mengesahkan keputusan FIFA berpihak kepadanya.

Walaupun Persatuan Bola­sepak Malaysia (FAM) sudah menarik balik perintah larangan pendaftaran pemain, status sebenar The Red Warriors masih lagi samar memandangkan hukuman sama dibuat Pengerusi First Instance Body (FIB) masih lagi terpakai.

Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif menjelaskan sekatan perpindahan pemain pada jendela kedua ha­nya boleh ditarik balik jika kelab itu melangsaikan segala tunggakan bayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta tunggakan gaji pemain dan pegawai yang dirujuk kepada FIB.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI